Is It Love?

---LIFE NOT OWEZ PARTLY WE EXPECTED TO BE---


1. Do you accept their faults because it’s part of who they are?

...then it’s love


2. Do you cry for their pain, even when they’re strong?

...then it’s love


3. Do their eyes see your true heart, and touch your soul so deeply, it hurts?

... then it’s love


4. Do you stay because a blinding incomprehensible mix of pain, and elations pulls
you close and hold you?

...then it’s love


5. Are you attracted to others but stay with them faithfully with no regrets?

...then it’s love


6. Would you give them your heart, your life, your death?

...then it’s love


7. And always remember - love isn’t one sided!! - Both must love for LOVE to exist!

Posted by --- YaYangLiza --- | at 9:55 PM | 0 comments

Kata Aku

---LIFE NOT OWEZ PARTLY WE EXPECTED TO BE---


Ohhh...I hate technology, but I can't live without my own technology...wahahaha

Intro aku yang mengeluh tapi kena admit tak leh lari dari meng update kan diri anda dari sebarang jenis trend masa ni...tak banyak or dari tak tahu langsung, at least kalau kawan kawan bertanya, pandai menjawab, ada idea or point kat situ...cukup la tu erk??

Nie aku nak cakap pasal cara mengorat trend masa kini. Tak kira samada korang nak ngorat awek atau mamat atau gay sekali pun ( ada meh? )...cara nya tak jauh beza.

Kalau di imbas atau di ingat semula zaman zaman dulu kan, kalau part nak tackle tue dah 2-3 kali jumpa memang dah berani mintak number phone kan? Ok la tuh...Kalau si dia taknak kasi pun up to them la kan but cara tu comman orang buat. Tak mulakan langkah seterusnya mana nak jalan misi korang kalau asyik tunggu sama nak mintak number phone dulu...Aku bercakap macam aku pro sungguh bab cintan nie...wahahaha

Tapi sekarang...aku nak tanya...aku pun baru realise kot. Sekarang kalau baru terjumpa kawan-kawan baru, apa yang diaorang tanya dulu??.....ermmm....

" ADA FACEBOOK?"

Betol kan? wahahaha. Benda nie terkena kat diri aku sendiri arr...Hari tu tengah chatting ngan sorang member nie, lama gak dah kenal tapi baru malam tu dia memberanikan diri nak tanya samada aku nie ada facebook ke tidak. Antara dialog kitaorang.

Dia : Lama dah kenal ngan kitak, sik pernah kmk bertanya ngan ktk nak?

Aku : Aok...nak nanya apa tek?

Dia : Ada fb sik?

Aku : Bah, ya jak tek? =))
( nie ikon ketawa tak hingat dunia sambil bergoleng-goleng)


SitUasi KeDua

Baru habis attend dinner so lepak sorang sorang kat lobby sambil cuci mata. Tiba-tiba mamat sorang nie datang duduk berhadapan ngan sofa aku. Aku mula-mula senyum, maybe dia guest kat situ kot. Tengok aku macam tak best sangat kot,so dia tanya

Dia : Got function just now huh?

Aku : Ya...hiding for a while...

Dia: Hahaha ( lucu meh aku cakap macam tu? ) Ok, got fb ??

Aku: Ermm....(senyum)




See?? mana ada macam dulu dulu kan terus mintak no tepon...wahahaha..Orang dah tanya email fb dah. Aku agak friend list aku tuh ramai lagi yang aku tak kenal dari member yang betol betol aku kenal kot. Itulah penangan makhluk yang bernama Facebook. Aku nak cakap pasal tu jek...


Ok lah,aku blah dulu..ada idea nanti aku buat entri baru. Dah tu,sama-sama kita buang masa baca blog merapu. Apa-apa pun aku nak taip kat sini gak, lantak aku la erk??..Weekend cam gini sungguh aku mati kutu tak tau apa nak buat. Betol la kata orang kan..rather to be busy than just sitting there with nothing to do. So damn, I wish today is Monday.

Posted by --- YaYangLiza --- | at 1:56 AM | 0 comments

Surat Untuk Future Husband.

Benda nie aku baca dalam fb...lawak giler...so, aku nak share kat sini...Yang empunya karya nie ada kat situ haa...pandai awak, so lawak...ahakss...Tapi aku sokong apa yang perempuan nie tulis.Jom baca...


Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu).
Oh, Laling (boleh saya call kamu laling kan?)

Laling, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok –kesha dah dengan saya ni. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya.

Oh Laling (chewah geli pulak dah ni)
Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you vaca statement I kan? Tapi laling, I tak suke couple-couple. Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus jugak. I tau laling, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la laling! Tambah dosa je tau kapel ni.

So kalau kita jumpa nanti laling, tapi saya jual mahal, laling jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. Jangan mesej2 gersangsudahla! Saya report sama itu Mark Zuckerberg!

Oh laling,
Kalau nanti saya first time jumpa laling saya tanya dah Solat Subuh ke belum, laling jangan marah tau. Wajib tau laling saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.” Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh laling, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagi laling tak angkat…siap laling!

Pastu laling mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah-surahJuz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut panjang dua-dua mesti tau. Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau takde Imam? Laling kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. Kikikiki…

Oh laling,
Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap laling jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk mama and papa je. Dah diorang suka garam banyak tu, minyak banyak ni. Tup tap laling kata banyak sangat pulak. Laling, nanti laling tegur la baik-baik. Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam je.”. penat tau saya masak.

Jangan pulak asyik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku resepi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak laling….

Oh laling,
Tau nanti tak lama lagi bila kahwin laling mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak laling nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway laling, I on je (wah terkejut kau!). Tapi syaratnye laling kenalahtolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak.Penat laling? Saya pon penat gak. Laling pikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu kena layan laling pulak. Heisss…kalau kurang layan laling nak jadikan tu alasan pasang dua pulak!

Senang-senang laling, kita upah bibik sorang. Takpe laling, I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita bahagia…ke laling bahagia?

Oh Laling,
Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas kahwin ok), laling jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, laling. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok.

Laling, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke laling? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tau la).

Dan laling,
Kalau laling tengok awek-awek cun depan mata jangan la lalingsweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau laling type yang gatal depan-depan saya laling pi usik dia lagi. Amboi laling, laling suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila laling keluar dgn saya laling pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa laling kata “dia pakai macam tu laling tengok la?” Laling, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah aje. Tapi bila laling tengok laling pon tumpang dose sekali. Laling nak? Laling kata laling tak boleh tahan diri dari tengok? OK laling, next time kita keluar saya pakaikanblindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi

Laling,
kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit untuk masa depan. Papa I pun makan megi je dulu taw, sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi laling, kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan laling merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, laling pergi beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi laling boleh pulak pergi beliLCD TV. Apa laling kata, itu keperluan kita bersama? Ah, laling sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti laling kongker tengok Chelsea main EPL kan….

Laling, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau gaji laling kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorang nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe. Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua laling!

Cuma ingat laling, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah laling, kita senang.

Sekian sajalah laling. Hope to see you soon! ^_^


Hahaha..best kan? Tak banyak , tak jugak sikit apa yang dia tulis nie memang ada yang realiti nya...Bukan bermaksud terlalu banyak songeh atau memilih TAPI ia sebagai JAMINAN untuk kitaorang yang bergelar perempuan. Sekali sekali demand apa salah nya..wahahaha..Sekian

Posted by --- YaYangLiza --- | at 12:32 AM | 0 comments

Bila Di Tampar Ribut~

Pernah tak kita rasa..
suatu ketika.. hidup ni mcm tak bermakna..
cacat cela kita merata-rata..
bila diri sendiri dah tak jadi mcm biasa..
bila diri sendiri berubah bukan sebab kehendak sendiri..
satu masa tu jugak... usaha kita selama ni..
terasa amat sia-sia...
dan semangat2 yg menggunung satu masa dulu..
lesap..
totally lesap..
tak tinggal sikit pon..
sampai malas nak fikir
difikir pun situ juga tujunya...
tak nampak jalan kuar...

kalau korang, apa korang nak buat?

sebab aku kalah ngn rasa ni..
kalah ngan suma masalah ni...
paling penting..
kalah dengan hati ini...

Posted by --- YaYangLiza --- | at 10:03 PM | 0 comments

My December

I guess aku la orang yang paling last tahu dia nak kawen end of this month..

So cruel huhh?

Some thought that cross my mind,"kenapa dia layan aku baik sangat sepanjang masa ni?"
Aku memang tak harapkan dia lagi...lama dah perasaan itu hilang bila aku sedar yang I should let him go...

Aku tahu hakikat dan kebenaran memang selalu depan mata aku. Tak payah aku nak bersusah payah nak dicari. Hakikat sungguh pedih. Kitaorang pernah berjanji tak akan sebut pasal feeling feeling ni semua...dia minta aku lupa kan dia, aku dah buat...dengan sehabis hati aku relakan dia pergi. Betol la kata orang kan, if you really love someone, you should really let him go dengan cara bagus. Aku rasa tenang aku dapat lepaskan dia pergi. Aku dapat lupakan sikit demi sedikit. Credit to him.

Tapi kenapa aku mesti sedih lagi bila aku tahu dia nak jadi suami orang? sepatutnya aku gembira...

So sorry tak dapat pegi bila ko jemput pegi untuk wedding ko nanti...appreciate it with noted. Aku boleh tipu ko apa saja kan untuk elak dari attend wedding tapi one fact for real, I'm not that strong...

Engkau pun dah nak kawen, aku harap rasa sedih aku nie sementara.Aku dah cukup penat, cukup berfikir benda-benda yang sangat remeh temeh. Benda remeh temeh ni lah yang buat aku jadi tak keruan. Mulut aku popet-popet said aku tersangat ok, dalam hati Tuhan saja yang tahu betapa aku nak ko. I guess aku cukup bagus hiding my feeling on you sampai buat ko terfikir aku betol betol ok kan? Aku dah tak susahkan hati ko lagi kan? Am i good in acting? I wish you all the best. Forgive me for all this 15 years...

Hakikat pada manusia, selalu suka pada benda yang memang tak mampu kita dapat.
Kenapa perlu berharap?...

Posted by --- YaYangLiza --- | at 11:27 PM | 0 comments

Kata dua di Kaki Lima

Lama dah tak jenguk kat sini.First dan last entry for 2010( bangga giler aku,wahahaha)
Anyway, blog ni dah lama aku ada cuma tak update. selalu aku bertenggek kat blog yang satu lagi but sekarang aku dah delete...sengaja di delete..baru sekarang pulak aku menyesal.

Haishh lepas ni aku terpaksa jejak kasih sorang demi sorang blogger yang aku kenal..rindu giler nak baca entry diaorang...aku rindu diaorang..ada tak ker diaorang rindu aku balik?kehkehkeh...

Kisah 2010?
Tak banyak sangat yang menarik kot. buat sakit jiwa,jiwa parah,parah terhantuk, terhantuk lagi dan lagi ...bangun kejap lepas tu terhantuk lagi dan lagi...wahaha...
Tak best arr cerita benda sedih pedih dalam blog kan...kang aku kena kutuk lagi...aku tak layak berjiwang ke weh..( kat sini aku leh bising bising sebab diaorang genti tak baca punya,wahaha)

Sebut pasal kejadian yang menimpa,aku tak mengeluh. Tapi tipu la pulak aku cakap aku takde kecewa. Cuma ambik jadi tauladan jer la.

Maybe ada sebab jadi macam tu...
Kenapa tak gini...
Kenapa mesti begitu...
Aku nak ini tapi yang itu sampai itu

Agak simple jer apa yang dah jadi kan, cuma naif sangat terkena orang macam aku. Ye lah,aku masih budak...orang cakap...budak ker?umur dah suku abad tue. ermm..ye la kot.. Tapi tak ke best nama nya bila problem tu datang bertimpa timpa..at least kalau ada gak gap...dapat la aku recover balik kot.

Teringat ngan subject pendidikan moral la pulak aku. Teringat ngan cikgu kitaorang, Cikgu Shamsuri nama dia. Aku rapat gak ngan dia,leh gak layan kepala giler aku dulu. Dulu aku salu menjawab dia " eh cikgu, kalau dapat moral A dalam SPM,memang orang tu orang gila(sambil sengih-sengih), takda la dalam dunia ni bendul sangat nak baik giler ikut amalan amalan dan nilai nilai dalam subject ni...kalau semua baik, tak timbul penjahat,pencuri,penganas"

Cikgu tu senyum jer dengar aku cakap...dia balas " tidak hari ini,satu hari nanti kamu mesti sedar kamu memang kena hidup ngan nilai nilai ni "

So bila dapat result SPM tu agak kehairanan la jugak sekejap bila tengok result moral aku dapat A...wahh, berpusing balik kata kata yang aku pernah cakap ngan cikgu tu...

"eh cikgu, kalau dapat moral A dalam SPM,memang orang tu orang gila"

nahh, ambik ko...kan jilat ludah sendiri nama nya cakap sendiri gila...

So,aku nak kaitkan la apa yang jadi kat aku nie ada gak penting nya moral value dalam setiap individu tu. Treat people nicely...respect people wisely...Aku caya pada karma...selalu kita dengar what you give you get back. Kena slow down sikit...belajar bertolak ansur.

Eh, aku malas la nak explain panjang panjang. Im not good in explaination. Tapi aku alert apa yang dah jadi kat aku.

SO, tahun depan hope life aku much better. No mOre mengeluh, enough for it...face the truth..Im OK..

Just sharing some thought, life not always partly we expected to be...



Posted by --- YaYangLiza --- | at 3:40 AM | 0 comments