Ego??

---LIFE NOT OWEZ PARTLY WE EXPECTED TO BE---

Tiba tiba aku rasa macam nak bagi peluang kat ko.
Tu pon lepas best cyber buddy aku yang cakap...ermm..entah apasal cepat jer aku ambik hp and text ko lepas tu...ehikk ehikk...nasib ko reply...

Dia cakap, kalau aku diamkan saja, masih buat bodo,buat derk,layan tak layan...tu namanya aku ego.
Tiba tiba aku jadi confius sebab selama ni aku ingatkan kalau aku tak layan sangat atleast aku bagi dia space untuk diri dia dan aku...kuang kuang kuang...No wonder la ramai yang cakap aku ni nak macam taknak...

Tak awal sangat ker bagi peluang untuk ko dan aku? Macam rushing la pulak..sedangkan dua dua lom stabil dari kisah yang lepas lepas. Mesti ko pelik kan apsal aku tiba tiba tergerak hati carik ko dulu hari ni? Ke aku dah terlambat lagi..mana tau 3 minggu dah tak carik,ko dah dapat yang baru. Baru jer nampak ko lunch ngan awek lain hari tu.

Nak jer aku tanak pikir yang bukan bukan...aku fikir yang indah indah, yang rasional, aku tanak pikir yang tu awek ko or skandal ko sebab ko pernah cakap kita dalam proses kenal memasing, tak salah kalau kuar ngan sapa sapa..aku iyakan saja...( masih lagi buat derk) sebab aku rasa aku blom cukup ready nak bagi apa apa harapan kat ko.

Terlintas kejap bila fikir balik ko macam setia menanti atau aku yang terperasan sendiri?
Entah mana silap nya...dua dua tak pernah nak try harder kan? ke ko dah jemu tengok act aku macam nie...ahh susah betol la..

Sampai satu tahap tu aku rasa aku tak perlukan cinta lagi untuk buat aku jatuh cinta kat sapa sapa lagi.Lama dah hilang rasa tu. Aku dah lama tak rasa aku suka kat orang dan aku dah tak ingat macamana rasa tu.Pernah tak rasa dalam apa segala yang kita buat, tiba tiba kita teringatkan dia? Sambil sambil kita tengah makan, tiba
tiba in glance kita teringat kat dia..."eh, dia tgh buat apa?dah makan ka lom?,apa lauk dia hari ni?"
Sungguh aku dah lama tak merasa berpikir macam tu lagi. Kadang kadang tengah drive pun sempat teringat, "dia rindu ngan aku tak?" Ermmm...betol betol rindu dengan rasa tu...

Posted by --- YaYangLiza --- | at 2:48 AM

0 comments:

Post a Comment